PROGRAM RAKAN DEMOKRASI : KLINIK DEMOKRASI PERINGKAT DAERAH KUALA NERUS SIRI 1/2025

Kuala Nerus, 18 Ogos 2025 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Terengganu/ Kuala Nerus telah melaksanakan Program Rakan Demokrasi : Klinik Demokrasi Siri 1 Peringkat Daerah Kuala Nerus 2025 pada 13 Ogos 2025 bertempat di SMK Bukit Tunggal. Program ini bertujuan untuk memberi pengetahuan atau pendedahan awal berkenaan sistem pentadbiran dan asas berkerajaan kepada belia, memberi pengetahuan tentang bagaimana proses pendemokrasian dan pilihanraya di Malaysia kepada belia menggunakan laras bahasa orang awam.
Seramai 114 orang peserta telah menyertai program ini. Slot ilmu ini telah dikendalikan oleh penceramah jemputan iaitu Dr. Siti Hajar Binti Kamaruddin dari Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial, UMT.
Melalui program ini, diharapkan lebih ramai belia di daerah Kuala Nerus dapat membentuk minda tentang pentingnya ilmu kenegaraan yang autentik dan peka dengan dasar-dasar kerajaan madani agar menjadi panduan dalam membuat keputusan rasional dalam pilihanraya.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Yang Berusaha, Puan Noor Adillah binti Ramli, Penolong Kanan Tingkatan 6, SMK Bukit Tunggal mewakili tuan pengetua
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBSNegara
Rakan Muda
#KBSMalaysia
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#TeamPBSDKT/KN
#RakanDemokrasi
#KlinikDemokrasi
#Demokrasi

Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 08-10-2025, 09:57:39

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search