- JBS Terengganu
- Hits: 42
PROGRAM RAKAN MAHIR: RAKAN MUDA AGROPRENEUR - SISTEM FERTIGASI PERINGKAT DAERAH HULU TERENGGANU 2025
- JBS Terengganu
- Hits: 42
HULU TERENGGANU, 14 OGOS 2025 - Telah berlangsung Program Rakan Mahir : Rakan Muda Agropreneur - Sistem Fertigasi Peringkat Daerah Hulu Terenganu 2025 bertempat di Dewan Masjid Hadhari, Taman Hadhari Tok Randok, Ajil, Hulu Terengganu. Program ini telah disertai seramai 103 peserta.
Objektif utama pelaksanaan program adalah demi memperkasakan golongan belia dalam bidang agropreneur khususnya dalam sistem fertigasi yang semakin relevan dalam industri pertanian masa kini.
Peserta diberi pendedahan teori dan praktikal berkaitan sistem fertigasi termasuk teknik asas pemasangan, penjagaan tanaman serta pengurusan hasil tanaman secara efisien.
Melalui program ini, diharapkan lebih ramai belia di daerah Hulu Terengganu dapat melihat potensi besar bidang agropreneur dan seterusnya menjadikan pertanian sebagai bidang kerjaya pilihan yang mampu menjana pendapatan dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi tempatan.
Majlis Penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Cik Nik Noor Azlihan binti Nik Jamaludin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu. Turut hadir Cik Anita binti Yahya, Pegawai Pejabat Pertanian Daerah Hulu Terengganu dan wakil Masjid Hadhari, Taman Hadhari Tok Randok, Ajil.
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga kita semua mendapat keredhaan Allah S.W.T
#KBSMalaysia
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#JBSNT
#TeamPBSDHuluTerengganu
#RakanMahir
#RakanMudaAgropreneur
#Fertigasi
Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT