- JBS Terengganu
- Hits: 48
MAJLIS SELANGKAH MENCIPTA GEMILANG - MISI EMAS BERMULA SUKMA XXII, SELANGOR 2026 @ PROGRAM SETAHUN MENJELANG SUKMA 2026
- JBS Terengganu
- Hits: 48
KUALA TERENGGANU, 14 OGOS 2025 - Majlis Selangkah Mencipta Gemilang – Misi Emas Bermula SUKMA XXII, Selangor 2026 @ Program Setahun Menjelang SUKMA 2026 yang berlangsung di Dewan Besar, Wisma Darul Iman hari ini menjadi titik mula perjalanan penuh cabaran menuju puncak kejayaan.
Majlis ini dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu, YB Haji Hishamuddin Abdul Karim.
Majlis turut menyaksikan penyerahan tauliah pelantikan pengurus pasukan, yang bakal menjadi tulang belakang misi memburu kejuaraan serta menebus kekalahan pada edisi terdahulu.
Ayuh kita satukan sokongan kepada wira dan wirawati sukan Terengganu. Dengan perancangan rapi, latihan tanpa mengenal penat, dan doa seluruh rakyat negeri, Insya-Allah Terengganu akan menggegarkan Selangor pada SUKMA 2026!
#SUKMAXXII
#Selangor2026
#MisiEmas
#TerengganuDiHati
Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT