- JBS Terengganu
- Hits: 163
PROGRAM RAKAN BUMI: SAVE THE SEA SIRI 2
- JBS Terengganu
- Hits: 163
KEMAMAN, 3 OGOS 2025 - PROGRAM RAKAN BUMI: SAVE THE SEA SIRI 2
Peringkat Negeri Terengganu 2025
Kompleks Rakan Muda Kemaman & Pantai Teluk Kalong, Kemaman
31 Julai – 2 Ogos 2025
Alhamdulillah, Program Rakan Bumi: Save The Sea Siri 2 telah berlangsung dengan jayanya selama tiga hari di dua lokasi utama — Kompleks Rakan Muda Kemaman dan Tapak Perkhemahan Pantai Teluk Kalong.
Seramai 45 orang peserta dari seluruh negeri Terengganu telah terlibat secara aktif dalam pelbagai aktiviti kesedaran alam sekitar yang menumpukan kepada pemuliharaan laut dan pantai.
Antara pengisian menarik termasuk:
Ceramah kesedaran
Aktiviti pembersihan pantai
Riadah lasak
Bengkel pendidikan alam sekitar
Majlis Penutup telah disempurnakan oleh:
Tuan Haji Asmadi bin Mohamad
Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu
Turut hadir:
Encik Muhamad Zulhelmi Hisham bin Rozlan – Pegawai Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kemaman
Encik Wan Muhammad Safuan bin Wan Salleh – Pengerusi Persatuan Belia Teluk Kalong
Encik Mohd Zulkilfi bin Abd Rahman – Kem Komandan
Encik Mohd Hafiz bin Roji – Pengerusi JPKKP Teluk Kalong
Program ini bukan sahaja menjadi platform untuk memperkasa belia dalam isu kelestarian alam, tetapi juga memberi ruang kepada mereka untuk menggali ilmu, membina sahsiah, dan meneroka pengalaman baharu dalam suasana yang menyeronokkan.
Harapan kami agar semua peserta terus menyemai semangat cintakan alam sekitar dan menjadi ejen perubahan positif di komuniti masing-masing.
#RakanBumiTerengganu
#SaveTheSeaSiri2
#BeliaPrihatinAlam
#JBSNTerengganu
#RakanMuda2025
Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT
