RAKAN MAHIR: PROJEK REBEN KUNING PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2025

KUALA NERUS, 3 OGOS 2025 - RAKAN MAHIR: PROJEK REBEN KUNING PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2025
Majlis Perasmian Pembukaan Rakan Mahir: Projek Reben Kuning telah berlangsung dengan jayanya pada 31 Julai 2025 bertempat di Dewan Kolek, Payang Scout Hotel, Kuala Nerus. Program anjuran Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu ini berlangsung dirasmikan oleh Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
Antara objektif utama program ini adalah untuk:
  Menyediakan peluang latihan kedua kepada belia bagi meningkatkan kemahiran dan ekonomi mereka.
  Memperkukuh jati diri peserta sebagai persediaan kembali ke pangkuan masyarakat.
  Membentuk perspektif positif masyarakat terhadap potensi belia.
Program ini turut melibatkan kerjasama pelbagai agensi termasuk PERKESO, JABATAN PENJARA NEGERI TERENGGANU, KBS, AADK, ASEAN 2025 dan rakan strategik lain.
#RebenKuning2025
#RakanMahir
#BeliaTerengganu
#TeamKBS
#TeamJBSNT
#JBSNT
#MalaysiaMADANI

Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 08-10-2025, 09:57:39

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search