
- JBS Terengganu
- Hits: 137
PROGRAM SUMMER CAMP RAKAN MUDA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2025
- JBS Terengganu
- Hits: 137
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dengan sukacitanya mengumumkan penganjuran *Program Summer Camp Rakan Muda Peringkat Negeri Terengganu 2025* yang akan berlangsung seperti berikut:
Tarikh: 12 hingga 14 Jun 2025 (Khamis – Sabtu)
Tempat: Redang Campstay, Pulau Redang, Terengganu
Program ini bertujuan untuk memperkasa belia melalui aktiviti kepimpinan, kecergasan, jati diri dan semangat berpasukan dalam suasana santai dan penuh inspirasi. Pelbagai aktiviti menarik menanti para peserta termasuk eksplorasi alam, aktiviti air, bengkel motivasi dan sesi bersama ikon belia.
Terbuka kepada belia berumur 18 hingga 21 tahun sahaja yang menetap di Negeri Terengganu.
Penyertaan adalah terhad kepada 40 orang sahaja.
Pemilihan peserta akan dibuat oleh pihak urusetia, dan hanya yang terpilih akan dihubungi.
Jom sertai dan alami pengalaman luar biasa bersama rakan-rakan belia!
Daftar Sekarang!
Scan QR atau klik:
https://docs.google.com/.../1ULm.../edit
Untuk sebarang pertanyaan, hubungi:
011-25670710 – Puan Nurqalina