KEJOHANAN MUAYTHAI & PENYERAHAN MOCK CHEQUE GERAN PADANAN SUKAN (GPS) KBS 2025

KEMAMAN, 29 APRIL 2025 (SELASA) - Lebih 2,000 pengunjung memeriahkan Kejohanan Muaythai & Penyerahan Mock Cheque Geran Padanan Sukan (GPS) KBS 2025 di Padang Bola Sepak Felda Kerteh 5, Kemaman, Terengganu.

Majlis disempurnakan oleh YBrs. En. Nor Miswary bin Ramli, Setiausaha Sulit kepada Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh.
Turut hadir YB Ir. Saiful Azmi Suhaili (ADUN Kemasik) dan En. Mohd Fais bin Haji Mohd Sendek, Penolong Pengarah (Sukan) mewakili Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.

Pada majlis tersebut, Persatuan Muaythai Negeri Terengganu menerima mock cheque Geran Padanan Sukan bernilai RM65,000.00 daripada Kementerian Belia dan Sukan.
Program ini bertujuan memperkasakan pembangunan sukan muaythai serta membuka lebih banyak peluang kepada atlet tempatan untuk bersaing di peringkat lebih tinggi.
Melalui Geran Padanan Sukan, KBS menyokong penganjuran sukan berprestasi tinggi dan berimpak tinggi di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa yang dilaksanakan di dalam negara.

#Muaythai #GeranPadananSukan #KBS #SukanUntukSemua

DISEDIAKAN OLEH :
URUSETIA PORTAL JBSNT

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 08-10-2025, 09:57:39

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search