LAWATAN KERJA RASMI PSMZA KE JABATAN BELIA SUKAN NEGERI TERENGGANU (JBSNT)


KUALA TERENGGANU, 13 APRIL  2025 (AHAD) - Satu Lawatan kerja rasmi ke JBSNT telah dilaksanakan pada 26 Mac  2025 (Rabu) lalu. Deligasi PSMZA wakili oleh Encik Abdul Hadi Bin Abdullah (TPSA), En Mohd Hushshila Bin Yusof (KJSKK), Encik Rudy Harahap Bin Mohd Ali Baba (Ketua Kursus Sukan) dan Encik Mohd Rizal Bin Mohamad Alias (Ketua Kursus Kokurikulum). Deligasi disambut oleh Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah dan pegawai-pegawai JBSNT.

Perbincangan ini memberi fokus kepada kerjasama strategik antara PSMZA dengan JBSNT dalam merancang dan melaksanakan program-program yang dapat memberi manfaat kepada belia umumnya dan pelajar PSMZA khasnya. Dengan pelaksanaan program-program ini, diharapkan dapat meningkatkan penyertaan belia dan pelajar PSMZA dalam aktiviti sukan dan kesukarelawan serta membentuk generasi muda yang sihat, berdaya saing, dan berakhlak mulia.


DISEDIAKAN OLEH :
URUSETIA PORTAL JBSNT

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 08-10-2025, 09:57:39

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search