- JBS Terengganu
- Hits: 90
SIARAN LANGSUNG TAYANGAN SKRIN BESAR MALAYSIA VS NEPAL
- JBS Terengganu
- Hits: 90
KUALA TERENGGANU, 13 APRIL 2025 (AHAD) - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu bersama PMINT Urus telah mengadakan Tayangan Skrin Besar bagi Perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027 dia antara Malaysia menentang Nepal pada 25 Mac 2025 ( Selasa) . Tayangan ini diadakan di Aras Bawah Kompleks Paya Bunga Sentral, Kuala Terengganu dan dimeriahkan dengan kehadiran sekitar 350 orang penonton dari seluruh Negeri Terengganu yang berkesempatan untuk menyaksikan perlawanan malam ini.
Pasukan Harimau Malaya mendapat gol pertama pada minit ke 29 perlawanan apabila pemain Hector Hevel berjaya menjaringkan gol sehingga tamat separuh masa pertama.
Pada separuh masa kedua, Pasukan Nepal terus berusaha untuk mencari gol penyamaan namun gagal. Pada minit ke-71, Corbin Ong meledak gol kedua menerusi hantaran dari Arif Aiman. Keputusan 2-0 kekal hingga tamat perlawanan. Turut hadir sama menyaksikan perlawanan pada malam ini adalah VIP Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, En. Mohd Fais bin Haji Mohd Sendek, Penolong Pengarah (Sukan) JBSNT , En. Zani bin Elias, Pengurus Besar PMINT Urus serta En. Anas Hazizul bin Muhamad, Presiden MBNT.
Terima kasih juga diucapkan kepada semua yang terlibat kerana memberi kerjasama yang baik dalam menjayakan program pada malam ini. Jumpa lagi di lain siri.
DISEDIAKAN OLEH :
URUSETIA PORTAL JBSNT