LAWATAN KE TAPAK STADIUM HOKI BATU BURUK DAN PADANG BOLA SEPAK SINTETIK, GONG BADAK

KUALA TERENGGANU, 13 APRIL 2025 (AHAD) - Lawatan kerja dari Bahagian Pembangunan Kementerian Belia dan Sukan yang diwakili oleh Encik Mohd Faez bin Othman, Penolong Setiausaha Kanan dan Encik Sivabalan A/L Thomas, Penolong Setiausaha Kanan Unit Pentadbiran ke Stadium Hoki, Batu Buruk dan Padang Bola Sepak Sintetik Majlis Sukan Negeri Terengganu Pada 25 Mac 2025 (Selasa) lalu.

Lawatan ini diadakan bagi mengenalpasti skop kerja dan lokasi projek sepertimana permohonan oleh Kerajaan Negeri Terengganu.
Turut hadir sama Encik Adi Hafiza bin Ariffin wakil Majlis Sukan Negeri Terengganu, Encik Alif Zuwairi bin Baharuddin wakil Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan Puan Nurul Afifa Sofina binti Azmi wakil Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.


DISEDIAKAN OLEH :
URUSETIA PORTAL JBSNT

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 08-10-2025, 09:57:39

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search