MAJLIS APRESIASI KONTIJEN NEGERI TERENGGANU SUKMA DAN PARA SUKMA SARAWAK 2024

TERENGGANU, 27 MAC 2025 (KHAMIS) - Majlis Penyampaian Insentif Sukma dan Para Sukma XXI Sarawak 2024 telah disempurnakan oleh Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar di Dewan Besar Wisma Darul Iman Pada 19 Mac 2025 lepas.
Pasukan berbasikal Sukma menjadi pasukan tertinggi menerima insentif kecemerlangan selepas mencatat pencapaian terbaik pada temasya Sukma Ke-21 Sarawak 2024. Manakala pasukan Para Olahraga menjadi pasukan tertinggi menerima insentif kecemerlangan dengan pungutan pingat iaitu 4 emas, 10 perak dan 9 gangsa.
Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Tuan Haji Asmadi bin Mohamad selaku Chef De Mission naik ke pentas bagi menerima sijil cenderahati.
Pencapaian kontinjen Negeri Terengganu pada temasya Para Sukma 2024 menunjukkan peningkatan apabila berjaya membawa pulang keseluruhan 44 pingat membabitkan 10 emas, 19 perak dan 15 gangsa untuk menduduki tempat kesembilan.
Tahniah diucapkan kepada semua atlet SUKMA dan Para SUKMA yang telah berjaya meraih pingat dan mengharumkan nama kontinjen Negeri Terengganu. Kejayaan anda semua amat membanggakan dan memberikan inspirasi kepada kita semua.
Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Terengganu atas sokongan berterusan. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk lebih banyak kecemerlangan di masa hadapan.




DISEDIAKAN OLEH :
URUSETIA PORTAL JBSNT

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 08-10-2025, 09:57:39

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search