- JBS Terengganu
- Hits: 104
7 PERTUBUHAN BELIA SAHUT CABARAN BERSAING DALAM APBN PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 2025
- JBS Terengganu
- Hits: 104
KUALA TERENGGANU, 27 Mac 2025 (Khamis) - Sesi Penilaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2025 bagi kategori pertubuhan belia telah berakhir di daerah Besut . Sesi penilaian ini telah dijalankan bermula pada 09 hingga 13 Mac 2025.
7 penyertaan pertubuhan belia telah berjaya dinilai menerusi lawatan dan temuduga di tempat pertubuhan masing-masing. Penilaian ini merangkumi pentadbiran dan pengurusan am, kewangan, aktiviti dan keberkesanan kepimpinan dalam pertubuhan tersebut.
Tahniah diucapkan kepada Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD), Majlis Belia Daerah (MBD), pemegang taruh belia dan semua yang terlibat di atas kerjasama serta sokongan kepada calon-calon pertubuhan yang bertanding.
DISEDIAKAN OLEH: URUSETIA PORTAL JBSNT