- JBS Terengganu
- Hits: 144
SERIBU REMAJA MERIAHKAN PROGRAM RAKAN EKSPRESI: RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2025
- JBS Terengganu
- Hits: 144
TERENGGANU, 27 MAC 2025 ( KHAMIS) - Sambutan yang mengalakkan dari remaja Terengganu dalam program Rakan Ekspresi : Rakan Muda Ramadan yang berlangsung di Masjid Kampung Tok Jembal pada 12 Mac 2025( Rabu) / 13 Ramadan 1446H menunjukkan bahawa golongan remaja amat berminat dengan program bercorak pembangunan potensi dan mencabar seperti pertandingan hafazan.
Program Rakan Ekspresi : Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Terengganu telah bermula pada sejak awal Ramadan di peringkat Daerah dengan saingan Pertandingan Hafazan Al-Quran dan 10 orang peserta hafazan telah mewakili daerah masing masing untuk pertandingan Hafazan di Peringkat Negeri.
Program Tadarus & Khatam Al-Quran telah diadakan pada sebelah petang dengan penglibatan hampir 1000 orang peserta dan berakhir dengan program perasmian penutup dan penyampaian hadiah yang telah disampaikan oleh Tuan Haji Asmadi Mohamad, Pengarah JBSNT.
Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Tuan Haji Asmadi bin Mohamad dalam ucapannya berkata JBSNT akan terus melaksanakan program-program yang menarik minat golongan belia dan sekali gus dapat memberi impak yang positif kepada individu dan juga komuniti sekeliling.
"Antara program ikonik KBSMalaysia ialah Rakan Muda Ramadan dan Program ini merupakan salah satu usaha murni kerajaan Malaysia dalam meningkatkan rasa kecintaan golongan remaja terhadap Al-Quran"
Tahniah dan syabas kepada pemenang Johan Hafazan Al-Quran Kategori Lelaki iaitu Adik Muhammad Syafi bin Mohd Sufian dari Sekolah Imtiaz Setiu Imtiyaz Setiu dan pemenang Johan Hafazan Al-Quran Kategori Wanita iaitu Adik Sharifah Nurmariam Mardhiah binti Syed Mohd Sulong dari Sekolah Imtiaz Dungun SM IMTIAZ Dungun kerana terpilih untuk mewakili Negeri Terengganu untuk bertanding ke peringkat kebangsaan pada 20 Mac 2025 nanti.
Turut hadir Tuan Haji Mahadi bin Awang, Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Negeri Terengganu, Encik Izzudin Aziz dari Pejabat Daerah Kuala Nerus, Encik Ronan Chan Pengurus Maxis Terengganu dan Encik Saudara Anas Hazizul bin Muhammad Presiden Majlis Belia Negeri Terengganu.
Terima kasih kepada Pengurusan Masjid Baru Kg Tok Jembal yang membantu dalam menjayakan program ini.
DISEDIAKAN OLEH: URUSETIA PORTAL
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBSNegara