- JBS Terengganu
- Hits: 642
ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA 2025
- JBS Terengganu
- Hits: 642
KUALA TERENGGANU, 27 MAC 2025, Sesi Penilaian Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Terengganu 2025 bagi Kategori Individu Lelaki dan Wanita telah dilaksanakan pada 7&8 Mac 2025 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
Pencalonan keseluruhan bagi Kategori Individu adalah seramai 21 orang iaitu 9 Lelaki dan 12 wanita. Masing- masing telah membentangkan kebolehan, penglibatan dan sumbangan tersendiri bagi memenangi kategori Anugerah tersebut.
Sesi penilaian ini berlangsung secara fizikal yang dinilai oleh 3 orang panel yang diketuai oleh Dr. Tuan Muhammad Zukri bin Tuan Sembok, Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin ( UniSZA), Encik Ahmad Bukhari bin Abdul Rahman, Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (Unit Belia, Sukan dan NGO) dan Puan Nurul Syafinaz Binti Ishak, Pejabat Pendidikan Daerah Besut.
APBN merupakan anugerah yang dilaksanakan setiap tahun sebagai platform untuk meraikan dan mengiktiraf golongan belia serta menggalakkan penglibatan belia dalam kerja-kerja sukarela dan menyumbang kepada pembangunan masyarakat.