KUNJUNGAN HORMAT KEPADA PENGARAH JBSNT OLEH KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF AL-FATEH TERENGGANU SDN. BHD

TERENGGANU, 14 JANUARI 2025 (ISNIN) - Pengurusan Tertinggi Akademi Kepimpinan Al-Fateh yang diketuai oleh Encik Che Wan Mohd Faizul bin Che Wan Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif Al-Fateh Terengganu Sdn.Bhd telah mengadakan kunjungan hormat kepada Tuan Haji Asmadi Mohamad, Pengarah JBSNT  Pada 09 Januari 2025 (Khamis) lalu.



Dalam pertemuan ini, antara yang dibincangkan adalah mengenai bentuk kerjasama yang boleh dilaksanakan oleh kedua-dua pihak dalam membantu mengilap potensi kepimpinan yang ada pada golongan belia di Negeri Terengganu.
 
Dalam pertemuan tersebut Tuan Haji Asmadi Mohamad berkata, JBSNT melalui Bahagian Pembangunan Belia dan Bahagian Pembangunan Rakan Muda bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk melatih golongan remaja belia dalam meningkatkan mutu kepimpinan mereka. " Ini secara tidak langsung dapat memupuk peranan kepimpinan kepada golongan belia serta pengurusan organisasi dan membangunkan strategi untuk mencapai hasil yang memberi faedah kepada perkembangan peribadi mereka" katanya. Turut hadir Puan Nurul Afifa Sofina binti Azmi, Timbalan Pengarah Belia JBSNT. 




DISEDIAKAN OLEH:
URUSETIA PORTAL JBSNT

 

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 08-10-2025, 09:57:39

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search