PERSATUAN PENGGERAK REKREASI NEGERI TERENGGANU PERERATKAN KERJASAMA DENGAN JBSNT

KUALA TERENGGANU, 14 JANUARI 2024 - Persatuan Penggerak Rekreasi Negeri Terengganu telah mengadakan kunjungan hormat kepada Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu. Pada 08 Januari 2025 (Rabu) Kunjung hormat tersebut diketuai oleh Encik Syed Mohd Yasni bin Syed Yasin, Presiden Persatuan Penggerak Rekreasi Negeri Terengganu.
 

Tujuan utama kunjungan hormat ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi kerjasama yang terjalin di antara JBSNT dan Penggerak Rekreasi Negeri Terengganu dalam konteks pembangunan sukan rekreasi di Negeri Terengganu. Di samping, memberi pendedahan kepada para belia dan remaja berkenaan aktiviti rekreasi dan ecotourism di Negeri Terengganu. Turut hadir sama En. Mohd Fais bin Haji Mohd Sendek, Penolong Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.


DISEDIAKAN OLEH:
URUSETIA PORTAL JBSNT

 

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 08-10-2025, 09:57:39

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search