BENGKEL TRAINING OF TRAINERS PERKASA PENGURUSAN ORGANISASI ZON BORNEO 2026

BENGKEL TRAINING OF TRAINERS PERKASA PENGURUSAN ORGANISASI ZON BORNEO 2026

BENGKEL TRAINING OF TRAINERS PERKASA PENGURUSAN ORGANISASI ZON BORNEO 2026

16 APRIL 2026, KOTA KINABALU - Bengkel Training of Trainers (TOT) Program Pengurusan Organisasi Zon Borneo 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan dalam kalangan Pegawai Belia dan Sukan Skim S melibatkan JBS Sabah, JBS Sarawak, JBS WP Labuan, IKBN Kinarut dan IKBN Miri bertempat di SKY Hotel, Kota Kinabalu.

Program yang berlangsung bermula 14 hingga 16 April ini bertujuan memperkasa kemahiran kepimpinan, pengurusan organisasi serta keupayaan peserta untuk menjadi jurulatih yang efektif dalam pelaksanaan Program Pengurusan Organisasi (PPO) di kawasan masing-masing.

YBrs. Dr. Zainah binti Shariff, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Belia, JBSN telah meluangkan masa untuk menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan bengkel ini.

Turut sama dalam majlis ini ialah YBrs Puan Laila Nazura binti Nawi, Pengarah Cawangan Pembangunan Kepimpinan, Bahagian Pembangunan Belia JBSN dan YBrs. Encik Noorman bin Ramlan, Timbalan Pengarah JBS Sabah.

Oleh :
Mohamad Safwan Ibrahim
JBSN Sabah

Image
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sabah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-05-2026, 15:48:01

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search