SABAH SIAP SEDIA ANJUR KARNIVAL BELIA SABAH SEMPENA SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2026

SABAH SIAP SEDIA ANJUR KARNIVAL BELIA SABAH SEMPENA SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2026

SABAH SIAP SEDIA ANJUR KARNIVAL BELIA SABAH SEMPENA SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2026

KOTA KINABALU, 17 APRIL 2026- Satu mesyuarat Jawatankuasa Induk Karnival Belia Sabah sempena Sambutan Hari Belia Negara 2026 telah diadakan hari ini bagi membincangkan perancangan dan pelaksanaan program yang bakal berlangsung.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YB Datuk Haji Nizam bin DSP Haji Abu Bakar Titingan, Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah (KBSK).

Perbincangan tertumpu kepada pengisian program yang lebih inklusif, berimpak tinggi serta mampu menarik penyertaan golongan belia dari seluruh negeri Sabah.

Penganjuran karnival ini diharap dapat menjadi platform untuk memperkasakan peranan belia dalam pembangunan komuniti serta menyemarakkan semangat patriotisme selaras dengan aspirasi negara.

Turut bersama dalam mesyuarat ini ialah YB Dato’ Sri Dr. Amil Sandhu, Pembantu Menteri KBSK, YBhg. Datuk Mansur Hj. Asun, Setiausaha Tetap KBSK, YBrs. Encik Noorman bin Ramlan, Timbalan Pengarah JBS Sabah, Puan Suriana Dahlan, Pengurus Korporat dan Komersial Lembaga Sukan Sabah, YBrs. Encik Abqaree Fawwaz Abekan, Presiden Majlis Belia Sabah, Pegawai-Pegawai Kanan KBSK dan JBS Sabah serta Jawatankuasa MBS.

 

Oleh :
Mohamad Safwan Ibrahim
JBSN Sabah

Image
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sabah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-05-2026, 15:48:01

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search