PENGAKTIFAN DAN PENDAFTARAN BADAN SUKAN SENAMROBIK
11 APRIL 2026, KOTA KINABALU - Unit Pembangunan Sukan, JBS Sabah komited sahut cabaran capai KPI Spesifik 7: Pengaktifan & Penubuhan Badan Sukan dengan membimbing dan memberikan khidmat nasihat proses pendaftaran badan sukan kepada penggiat sukan senamrobik di Negeri Sabah pada sabtu lepas.
Menerusi usaha ini, kumpulan ini yang di ketuai oleh Puan Mazreca John telah berjaya mendaftar dan menghantar permohonan pendaftaran kelab di Sistem eROSA bagi tujuan pendaftaran kelab sukan di bawah Pejabat Pesuruhjaya Sukan Rantau Sabah.
Semoga kelulusan pendaftaran kelab ini akan menyemarakkan lagi aktiviti senamrobik di Negeri Sabah agar dapat melahirkan lebih ramai instruktor senamrobik bertauliah dan membudayakan sukan di kalangan masyarakat ke arah peningkatan indeks budaya sukan di Malaysia.
