- JBS Sabah
- Hits: 10
MESYUARAT PENGURUSAN BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUKAN BIL.2/2026 JABATAN BELIA DAN SUKAN (PERSEKUTUAN) NEGERI SABAH
- JBS Sabah
- Hits: 10
MESYUARAT PENGURUSAN BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUKAN BIL.2/2026 JABATAN BELIA DAN SUKAN (PERSEKUTUAN) NEGERI SABAH
PUTATAN, 2 Mac 2026 - Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah telah mengadakan Mesyuarat Bulanan Bahagian Pembangunan Sukan Bil.2/2026. Mesyuarat ini diadakan bagi penyelarasan program Pembangunan Sukan bagi tahun 2026 yang diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Puan Sempini Langiton, Penolong Pengarah Sukan. Mesyuarat dimulakan dengan perutusan dan amanat pengerusi. Pengerusi juga memaklumkan dan membincangkan perkara berkenaan dengan program profil dalam rancangan untuk dilaksanakan pada tahun ini.
Mesyuarat turut merumuskan beberapa tindakan susulan termasuk penambahbaikan pelaksanaan program, promosi digital bagi program yang akan dilaksanakan serta pemantauan berkala bagi memastikan setiap program dilaksanakan secara efektif, inklusif dan berimpak tinggi kepada komuniti.
Diharapkan agar semua pegawai dapat memberikan komitmen sepenuhnya kepada tugasan yang diberikan agar pembangunan belia dan sukan di negeri Sabah khususnya dapat berkembang dengan lebih baik lagi.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #jbsnsabah #MalaysiaMADANI
