SESI TAKLIMAT DANA SUKAN KOMUNITI (DSK) 2026 BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUKAN  

SESI TAKLIMAT DANA SUKAN KOMUNITI (DSK) 2026 BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUKAN  

SESI TAKLIMAT DANA SUKAN KOMUNITI (DSK) 2026 BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUKAN  

PUTATAN, 2 Mac 2026 - Sesi Taklimat Dana Sukan Komuniti (DSK) 2026 telah diadakan bagi memberi penerangan terperinci kepada pegawai Bahagian Pembangunan Sukan berkaitan tatacara permohonan dana dan garis panduan pemberian dana.

Taklimat ini disampaikan oleh Encik Mohd Rizuan Abd Majid, Urusetia DSK Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah. Beliau menjelaskan kriteria kelayakan, syarat permohonan serta garis panduan yang perlu dipatuhi bagi tahun 2026. 

Permohonan DSK terbuka kepada kelab dan persatuan belia serta sukan yang berdaftar di dibawah Pesuruhjaya Sukan Malaysia dan Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Belia serta ROS. Dana ini bertujuan menyokong penganjuran program sukan di peringkat komuniti, daerah dan negeri. 

Turut ditekankan ialah kesalahan lazim yang sering dilakukan oleh pemohon agar dapat dielakkan pada masa hadapan. Diharapkan sesi ini dapat meningkatkan kefahaman pegawai serta memastikan proses permohonan dana dilaksanakan dengan lebih teratur dan berkesan.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #jbsnsabah #MalaysiaMADANI

Image
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sabah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search