- JBS Sabah
- Hits: 13
JBS SABAH BANTU JAYAKANPROGRAM SANTUNI PERTUBUHAN BELIA SejaTI MADANI X BELIA PERINGKAT NEGERI SABAH
- JBS Sabah
- Hits: 13
JBS SABAH BANTU JAYAKAN PROGRAM SANTUNI PERTUBUHAN BELIA SejaTI MADANI X BELIA PERINGKAT NEGERI SABAH
28 Februari 2026 (Sabtu), Kota Kinabalu- Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah telah membantu menjayakan pelaksanaan Program Santuni Pertubuhan Belia SejaTI MADANI X Belia Peringkat Negeri Sabah anjuran Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia (ROY) yang diadakan bertempat di Sabah Oriental Hotel baru-baru ini.
Program SejaTI MADANI merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Pada tahun 2026, dana SejaTI MADANI berjumlah RM1 billion akan diperluaskan kepada pertubuhan belia bertujuan memberi sokongan kewangan bagi pertubuhan belia melaksanakan pelbagai program pembangunan kapasiti, kepimpinan, inovasi sosial serta aktiviti belia.
Program ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Mordi Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia yang juga menyantuni para belia negeri ini dalam majlis berbuka puasa dalam program tersebut.
Turut bersama dalam program ini ialah YBrs. Encik Hasnata Hasan, Pendaftar Pertubuhan Belia, YBrs. Encik Noorman bin Ramlan, Timbalan Pengarah JBS Sabah, Encik Mohd Nurhilmie bin Milus, Naib Presiden (Borneo) Majlis Belia Malaysia merangkap Timbalan Presiden Majlis Belia Sabah, Pegawai-Pegawai Kanan dan Kakitangan JBS Sabah.
Penglibatan aktif pegawai dan kakitangan jabatan dalam aspek penyelarasan, logistik serta pengurusan program telah memastikan kelancaran pelaksanaan aktiviti sepanjang program berlangsung. Komitmen yang ditunjukkan mencerminkan kesungguhan jabatan dalam menyokong pembangunan dan pemerkasaan belia di Sabah.
#teamjbssabah
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
