- JBS Sabah
- Hits: 8
SESI VERIFIKASI SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA TAHAP 3 BERJALAN LANCAR
- JBS Sabah
- Hits: 8
SESI VERIFIKASI SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA TAHAP 3 BERJALAN LANCAR
PUTATAN, 25 Februari 2026-Satu sesi verifikasi bagi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang Pelaksanaan Kerja Belia telah berjaya dilaksanakan dengan lancar melibatkan calon-calon dari JBS Sabah.
Program ini bertujuan menilai tahap kompetensi peserta berdasarkan standard yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Proses verifikasi melibatkan semakan dokumen, penilaian eviden keterampilan, serta sesi temuduga bersama calon bagi memastikan setiap peserta memenuhi keperluan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS).
Sesi verifikasi telah dijalankan oleh Encik Mohamad Rosdi bin Mahmud, PPL-PPT yang telah dilantik oleh pihak JPK ini bukan sahaja memastikan kualiti dan integriti pensijilan, malah memberi peluang kepada calon untuk mendapatkan pengiktirafan rasmi terhadap kemahiran yang dimiliki.
Diharapkan pelaksanaan sesi verifikasi ini dapat melahirkan tenaga kerja mahir yang berdaya saing dan memenuhi keperluan industri semasa, selaras dengan aspirasi pembangunan modal insan negara.
#teamjbssabah
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
