SESI PENGUKUHAN KERJA BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUKAN JBS SABAH
PUTATAN, 27 Februari 2026 - Telah berlangsung dengan jayanya Sesi Pemahaman Dokumen Pendaftaran Badan Sukan yang melibatkan pegawai-pegawai Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah.
Program ini bertujuan memperkukuh kefahaman pegawai terhadap tatacara dan keperluan pendaftaran badan sukan agar mereka dapat membimbing peserta program yang masih belum berpersatuan untuk mendaftarkan badan sukan masing-masing. Usaha ini penting bagi memastikan kesinambungan pembudayaan sukan dalam kalangan masyarakat serta memperluas penyertaan secara lebih tersusun dan berstruktur.
Selain itu, program ini diharapkan agar dapat menyumbang kepada pencapaian impak pelaksanaan program sukan melalui peningkatan bilangan badan sukan yang berdaftar dan aktif.
Ilmu berkaitan peraturan serta prosedur pendaftaran yang diperoleh menjadi nilai tambah kepada kompetensi sedia ada pegawai, seterusnya meningkatkan tahap profesionalisme dalam penyampaian perkhidmatan.
Sesi penerangan telah disampaikan oleh YBrs. Puan Sempini Langiton, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, JBS Sabah, yang berkongsi panduan praktikal dalam pengurusan pendaftaran badan sukan. Program diteruskan dengan simulasi pendaftaran bagi memberi latihan secara hands-on kepada pegawai yang hadir, sekali gus memantapkan lagi pemahaman dan keyakinan mereka dalam melaksanakan tanggungjawab di lapangan.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #jbsnsabah #MalaysiaMADANI
