SESI PERBINCANGAN TAKWIM JBS SABAH

SESI PERBINCANGAN TAKWIM JBS SABAH

SESI PERBINCANGAN TAKWIM JBS SABAH  

PUTATAN, 25 Februari 2026 – Sesi Perbincangan Takwim JBS Sabah telah berlangsung di Bilik Lok Saga, Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah. 

Sesi ini memberi peluang bagi pembentangan laporan pelaksanaan program 2025 berdasarkan 'outcome based" dan membincangkan hala tuju dan perancangan Bahagian Pembangunan Belia, Sukan dan Rakan Muda JBS Sabah bagi pelaksanaan program tahun 2026 dengan tujuan mewujudkan aktiviti yang bersifat inklusif dan berimpak tinggi. 

Sesi perbincangan ini dipengerusikan oleh YBrs. Encik Noorman bin Ramlan, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah. Turut hadir YBrs. Puan Sempini binti Langiton, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan JBS Sabah, YBrs. Puan Metchella Febrynna Metha, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda JBS Sabah, Pegawai-Pegawai Bahagian Pantai Barat, Sandakan, Tawau, Kudat, Beaufort dan Keningau serta kakitangan Ibu Pejabat dan Pejabat Bahagian di seluruh Negeri Sabah. 

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#jbsnsabah
#MalaysiaMADANI



Image
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sabah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search