SESI MORNING PRAYER BERSAMA TIMBALAN PENGARAH JBS SABAH
PUTATAN, 12 Januari 2026 (Isnin) - Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan Negeri Sabah, En. Noorman Bin Ramlan, dalam Perjumpaan antara kakitangan (Morning Prayer) telah mengucapkan selamat tahun baharu kepada semua pegawai dan kakitangan.
Dalam amanat beliau untuk pembukaan tahun 2026, beliau mengharapkan agar semua sasaran kerja pada tahun ini dapat diselesaikan dengan sempurna seperti tahun sebelumnya.
Beliau turut tegas mengatakan segala tugasan yang dipertanggungjawabkan kepada pegawai dan kakitangan harus diselesaikan segera agar jabatan dapat mencapai visi dan misi serta hala tuju pada tahun 2026.
Turut hadir, En.Fedrius bin Jumi , Penolong Pengarah (Sukan) dan Pn. Metchella Febrynna Metha (Penolong Pengarah Rakan Muda ) dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Sabah.
