- JBS Sabah
- Hits: 17
KEPENTINGAN PEMATUHAN DASAR DAN ETIKA PEJABAT FOKUS WARGA PBSB PANTAI BARAT
- JBS Sabah
- Hits: 17
KEPENTINGAN PEMATUHAN DASAR DAN ETIKA PEJABAT FOKUS WARGA PBSB PANTAI BARAT
KOTA KINABALU, 16 JANUARI 2026 – Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Pantai Barat telah mengadakan satu Mesyuarat Pengurusan Bilangan 1 Tahun 2026 yang dipengerusikan oleh Puan Dayangku Rahimah binti Pg.Hassan.
Pengerusi menegaskan kepentingan pematuhan terhadap dasar dan peraturan organisasi bagi memastikan kelancaran tadbir urus serta integriti perkhidmatan awam terus terpelihara.
Menurut beliau, setiap warga kerja perlu memahami dan mematuhi dasar yang telah ditetapkan agar semua urusan dapat dilaksanakan secara teratur, telus dan berkesan. Selain itu, kemudahan serta fasiliti yang disediakan perlu digunakan secara berhemah bagi memastikan keselesaan bersama dan program jabatan dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Beliau turut menyentuh aspek pengurusan aset dengan menekankan bahawa aset organisasi adalah amanah yang perlu dijaga, diselenggara dan digunakan mengikut peraturan yang ditetapkan. Kegagalan mematuhi garis panduan boleh memberi kesan kepada kecekapan perkhidmatan serta imej organisasi.
Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan agar semua kakitangan sentiasa mematuhi kod etika dan garis panduan pemakaian pakaian pejabat yang telah ditetapkan. Penampilan yang kemas dan profesional, katanya, mencerminkan disiplin serta kredibiliti organisasi di mata masyarakat.
Beliau juga mengingatkan agar semua pegawai dan kakitangan sentiasa bersedia untuk melaksanakan program dan aktiviti sepanjang tahun 2026 ini agar aspek pembangunan belia, sukan dan rakan muda di Bahagian Pantai Barat dapat diteruskan dan dijayakan bersama.
Sebagai penutup, beliau menyeru seluruh warga kerja agar terus bekerja dengan bersungguh-sungguh, berintegriti dan penuh tanggungjawab, demi mencapai kecemerlangan organisasi serta memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
Disediakan Oleh : PBSB Pantai Barat
