SAMBUTAN HARI KESUKARELAWANAN BELIA MALAYSIA PERINGKAT NEGERI SABAH 2025

SAMBUTAN HARI KESUKARELAWANAN BELIA MALAYSIA PERINGKAT NEGERI SABAH 2025

SAMBUTAN HARI KESUKARELAWANAN BELIA MALAYSIA PERINGKAT NEGERI SABAH 2025

Putatan, 6 Disember 2025 – Sambutan Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia Peringkat Negeri Sabah 2025 berlangsung meriah di Kompleks Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah, melibatkan penyertaan aktif belia, komuniti serta rakan strategik sukarelawan.Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah ini bertujuan mengangkat nilai kesukarelawanan dalam kalangan belia serta mengiktiraf sumbangan mereka sepanjang tahun.

Antara pengisian semasa sambutan tersebut ialah Pocket Talk Kesukarelawanan .Sesi perkongsian santai tersebut disampaikan oleh Kelab Rakan Muda Keningau dan Kelab Rakan Muda Tawau menjadi antara tumpuan, dengan pengisian mengenai semangat kesukarelawanan ,  tanggungjawab sosial dan peluang penyertaan dalam aktiviti komuniti. Interaksi dua hala antara peserta dan panel menjadikan sesi ini lebih hidup dan bermanfaat.

Hospital Kudat turut menjalankan Kempen Derma Darah bagi menyokong keperluan bekalan darah negeri.
Sambutan yang sangat menggalakkan daripada para belia menunjukkan komitmen mereka dalam usaha membantu nyawa.

Majlis turut menyaksikan penyampaian sijil penghargaan   kepada rakan strategik sukarelawan Rakan Muda sebagai tanda penghargaan terhadap sokongan dan kerjasama sepanjang 2025.

Program ini secara keseluruhan berjaya menyemarakkan semangat kesukarelawanan,mengukuhkan jaringan komuniti dan menggalakkan penyertaan belia dalam agenda sosial negara

Image
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sabah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 11:34:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search