- JBS Sabah
- Hits: 47
PROGRAM DERMA DARAH SEMPENA HARI KESUKARELAWANAN BELIA MALAYSIA PERINGKAT NEGERI SABAH 2025
- JBS Sabah
- Hits: 47
PROGRAM DERMA DARAH SEMPENA HARI KESUKARELAWANAN BELIA MALAYSIA PERINGKAT NEGERI SABAH 2025
Kota Kinabalu, 6 Disember 2025 – Program Derma Darah sempena Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia Peringkat Negeri Sabah 2025 telah berjaya dianjurkan hari ini bertempat di Kompleks Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah. Program ini dikendalikan oleh pasukan perubatan dari Hospital Kudat.
Program derma darah ini menerima sambutan menggalakkan daripada para belia, kakitangan dan komuniti setempat. Para peserta menjalani proses pendaftaran, pemeriksaan kesihatan dan sesi pendermaan secara teratur dengan pemantauan rapi oleh petugas kesihatan. Suasana turut dimeriahkan dengan kehadiran sukarelawan Rakan Muda yang membantu melancarkan perjalanan program.
Penganjuran program ini bertujuan menyuburkan semangat kesukarelawanan dalam kalangan belia serta meningkatkan kesedaran mengenai keperluan bekalan darah yang berterusan di hospital-hospital sekitar negeri.
Pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sabah merakamkan setinggi penghargaan kepada Hospital Kudat dan semua belia yang menjayakan program derma darah ini sempena dengan Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia.
