𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗟𝗜𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 (𝗣𝗘𝗥𝗦𝗘𝗞𝗨𝗧𝗨𝗔𝗡) 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛 𝗗𝗜𝗕𝗘𝗥𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗘𝗥𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗜𝗛𝗦𝗔𝗡 𝗞𝗘 𝗠𝗜𝗥𝗜 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗦𝗔𝗪𝗔𝗧 𝗧𝗘𝗫𝗧𝗥𝗢𝗡 𝟮𝟬𝟴 𝗣𝗚𝗨, 𝗣𝗗𝗥𝗠

𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗟𝗜𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 (𝗣𝗘𝗥𝗦𝗘𝗞𝗨𝗧𝗨𝗔𝗡) 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛 𝗗𝗜𝗕𝗘𝗥𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗘𝗥𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗜𝗛𝗦𝗔𝗡 𝗞𝗘 𝗠𝗜𝗥𝗜 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗦𝗔𝗪𝗔𝗧 𝗧𝗘𝗫𝗧𝗥𝗢𝗡 𝟮𝟬𝟴 𝗣𝗚𝗨, 𝗣𝗗𝗥𝗠

𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗟𝗜𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 (𝗣𝗘𝗥𝗦𝗘𝗞𝗨𝗧𝗨𝗔𝗡) 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛 𝗗𝗜𝗕𝗘𝗥𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗘𝗥𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗜𝗛𝗦𝗔𝗡 𝗞𝗘 𝗠𝗜𝗥𝗜 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗦𝗔𝗪𝗔𝗧 𝗧𝗘𝗫𝗧𝗥𝗢𝗡 𝟮𝟬𝟴 𝗣𝗚𝗨, 𝗣𝗗𝗥𝗠

KOTA KINABALU, 30 November 2025 - Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah atas bantuan Polis Diraja Malaysia melalui Pasukan Gerakan Udara (PGU) Pangkalan Sabah telah dijadualkan melakukan satu penerbangan ihsan ke Hospital Miri, Sarawak.
Misi penerbangan khas ini penting untuk memastikan Encik Apui Jan dapat meneruskan rawatan kesihatan beliau di Hospital Miri.

Penerbangan ini turut disertai oleh isteri Pengarah, Puan Ruji Reli Anyan dan pasukan perubatan Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas.
Penerbangan menggunakan pesawat Textron 208 diketuai oleh DSP Ng Chuen Beng bersama Pembantu Juruterbang, Inspektor Low Xi Hu serta Pemerhati Udara, Sarjan Mejar Andrew Adam Jipmon telah berlepas dari Kota Kinabalu ke Miri pada jam 11.08 pagi dan tiba di Lapangan Terbang Miri pada jam 12.30 tengahari.

Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YDH ACP Ras Nazrin Shah bin Abdullah, Komander Pangkalan Sabah PGU, Supt. Pearson Hujung anak Skinner dan warga PGU Pangkalan Sabah di atas penerbangan ihsan ini. Juga tidak dilupakan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah di atas segala usaha dan tahap profesional yang tinggi dalam merawat Encik Apui Jan sepanjang mendapat rawatan di hospital.
Adalah didoakan agar Encik Apui Jan segera sembuh dan dipermudahkan segala urusan beliau sepanjang menjalani rawatan di Hospital Miri, Sarawak.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Image
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sabah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search