- JBS Sabah
- Hits: 31
SUKAN KOMUNITI PRIBUMI SABAH 2025 MEDAN PERKUKUH PERPADUAN MASYARAKAT DAN AGENSI KERAJAAN
- JBS Sabah
- Hits: 31
SUKAN KOMUNITI PRIBUMI SABAH 2025 MEDAN PERKUKUH PERPADUAN MASYARAKAT DAN AGENSI KERAJAAN
KUNAK, 16 November - Kg Lormalong telah dipilih selaku lokasi pelaksanaan Sukan Komuniti Pribumi Sabah 2025.
16 acara dimana 2 acara sukan teras dan 14 acara sukan rakyat, sukaneka telah disajikan yang melibatkan penyertaan pelbagai lapisan masyarakat dari pelbagai peringkat umur dan bangsa.
Agensi kerajaan menambah keserian program ini dengan turut bersama mengadakan program sampingan seperti
- Jualan Rahmah
- Pemeriksaan kesihatan
- Derma darah
- Pameran Maritim
- Pameran Bomba
- Pameran Anti Dadah
Program ini turut dimesrakan dengan jalinan kerjasama bersama Pejabat Wilayah Petronas Sabah & Labuan.
Majlis Perasmian disempurnakan oleh Encik Erwan Iskandar, Wakil Pegawai Daerah Kunak.
Turut hadir bersama Encik Mohd Faiz Ridwan bin Mohd Noor, Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau, Puan Leona Felicia Thomas, Pengurus Pejabat Wilayah Petronas Sabah dan Labuan, Encik Maswan Sulad, Pengerusi JKKK Kampung Lormalong, Kunak dan Encik Darmansa bin Samsuddin, Pengerusi Gabungan Belia Persatuan Bahagian Tawau (GABETA).
Pihak pejabat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada semua yang bersama dalam menjayakan program ini.
