20 BELIA TAWAU JULANG ANUGERAH BERTARAF ANTARABANGSA

20 BELIA TAWAU JULANG ANUGERAH BERTARAF ANTARABANGSA

20 BELIA TAWAU JULANG ANUGERAH BERTARAF ANTARABANGSA

KUALA LUMPUR 8, November 2025-  Majlis Pentauliahan Emas Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda telah diadakan di Dewan Casa 4 Majlis Sukan Negara yang disempurnakan oleh Menteri Belia Dan Sukan Malaysia Yang Berhormat Hannah Yeoh telah menyaksikan 20 Belia daripada Tawau telah ditauliahkan tahap emas .

Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda ini merupakan anugerah bertaraf antarabangsa dimana program ini diadaptasi daripada ‘The Duke of Edinburgh's International Award’ yang diperkenalkan di United Kingdom.
Kelab Rakan Muda Tawau menambah kemanisan kejayaan apabila dinobatkan selaku Badan Operasi Terbaik pada Majlis Pentauliahan Emas kali ini.

Kejayaan ini tidak datang dengan sekelip mata dan mudah. Justeru, seluruh warga kerja PBSB Tawau merakamkan ucapan jutaan terima kasih dan tahniah kepada semua pihak yang telah berkorban, berusaha, membantu, menyokong dan mendoakan sepanjang perjalanan dalam melahirkan penerima emas ni terutama. Semoga sokongan dan usaha ini semakin kukuh dan berterusan.

Turut hadir semasa majlis pentauliahan,En Noorman bin Ramlan,Timbalan Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sabah sebagai tanda sokongan padu kepada Kelab Rakan Muda Tawau agar terus kekal cemerlang dalam melahirkan lebih ramai pemimpin muda melalui program ARPRM.

#JBSN #JBS SABAH #PBSB TAWAU
#KRMTAWAU #SMKTAWAU #SMK JALAN APAS #IPGTAWAU #IPGGAYA
#RAKANMUDA
#YAKIN BOLEH

Image
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sabah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search