PROGRAM SATRIA CARE, IN ACTION KUKUHKAN NILAI SUKARELAWAN DAN CINTA ALAM SEKITAR

PROGRAM SATRIA CARE, IN ACTION KUKUHKAN NILAI SUKARELAWAN DAN CINTA ALAM SEKITAR

PROGRAM SATRIA CARE, IN ACTION KUKUHKAN NILAI SUKARELAWAN DAN CINTA ALAM SEKITAR

PAPAR, 8 November 2025 – Semangat kesukarelawanan dan kecintaan terhadap alam sekitar terus disemarakkan melalui Program Satria Care, in Action Peringkat Bahagian Pantai Barat yang berlangsung di Taman Hidupan Liar Lok Kawi, Papar hari ini.

Seramai 55 peserta telah mengambil bahagian dalam program ini, melibatkan Universiti College Sabah Foundation (UCSF), ADTEC Kampus Kota Kinabalu, IPG Kampus Gaya, dan IPG Kampus Kent, Tuaran. Program ini bertujuan memupuk rasa tanggungjawab sosial serta meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan menjaga kelestarian alam sekitar dan hidupan liar.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Tuan Abd. Malik bin Abd Rashid, Pembantu Penyelidik, Taman Hidupan Liar Lok Kawi, Papar diikuti dengan ucapan perasmian oleh wakil Pegawai Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat, Encik Mohd Hazreen bin Mahassan, Pen. Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat.

Dalam ucapannya, Encik Mohd Hazreen menzahirkan penghargaan atas penyertaan aktif para peserta serta menekankan bahawa pentingnya semangat kesukarelawanan dalam melahirkan generasi muda yang prihatin dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.
“Program seperti ini bukan sahaja membina semangat kerjasama dan kesedaran sivik dalam kalangan belia, tetapi turut menyumbang kepada kesejahteraan komuniti dan pemeliharaan ekosistem semula jadi,” katanya.

Turut hadir memberikan sokongan kepada program ini ialah Encik Dohimbang Bongkihoi, Pensyarah IPG Kampus Kent, Encik Mohd Khalid bin Mohd Abdul Kahar, Pensyarah ADTEC Kampus Kota Kinabalu, Puan Mazlinah Binjamin, Pegawai dari University College Sabah Faundation serta Dr. Israh Binti Arifin, Pensyarah IPG Kampus Gaya.

Antara pengisian utama program ialah aktiviti gotong-royong di kawasan kandang haiwan, yang melibatkan kerjasama erat antara peserta dan pihak pengurusan taman. Usaha ini bukan sahaja memastikan persekitaran habitat haiwan kekal bersih dan terpelihara, malah turut memupuk nilai tanggungjawab sosial dan semangat kebersamaan dalam kalangan belia.

Pihak Taman Hidupan Liar Lok Kawi menyambut baik penganjuran program ini dan berharap agar usaha sebegini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memperkukuh jaringan kerjasama antara institusi pendidikan dan agensi kerajaan dalam memastikan kelestarian alam sekitar terus terpelihara.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Image
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sabah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search