- JBS Sabah
- Hits: 22
Kursus APK TOT 2025 Perkasa Kefahaman Pegawai KBS dalam Pengurusan Kewangan
- JBS Sabah
- Hits: 22
Kursus APK TOT 2025 Perkasa Kefahaman Pegawai KBS dalam Pengurusan Kewangan
SHAH ALAM, 26 September 2025 – Bahagian Kewangan (BKew), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menganjurkan Kursus Arahan Pentadbiran Kewangan Training of Trainer (APK TOT) KBS Tahun 2025 yang berlangsung selama tiga hari, bermula 24 hingga 26 September 2025, bertempat di Acappella Suite Hotel, Shah Alam.
Kursus ini menghimpunkan seramai 59 orang peserta daripada pelbagai jabatan dan agensi di bawah KBS termasuk Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS), Pendaftaran Pertubuhan Belia (ROY), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM), Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBS Negeri), serta Pejabat Belia dan Sukan Bahagian (PBSB).
Program ini bertujuan menjadi platform penyampaian maklumat penting berkaitan kawalan dalaman kewangan yang sedang berkuat kuasa di KBS, khususnya kepada pegawai yang terlibat secara langsung dalam pengurusan kewangan di Pusat Tanggungjawab (PTJ) masing-masing.
Antara pegawai dari JBS Sabah yang turut menghadiri kursus ini ialah Puan Siti Hanisah binti Utoh, Encik Mohd Syahrin bin Ibrahim, Encik Mohd Faiz Ridwan bin Mohd Noor, Cik Dayangku Rahimah binti Pg. Hassan, Encik Fekri bin Asmad, Puan Nurhayati binti Salleh, dan Puan Nor Huzaineh binti Ramli.
Melalui kursus ini, peserta didedahkan kepada amalan terbaik serta garis panduan semasa dalam pelaksanaan kawalan dalaman kewangan, sejajar dengan hasrat KBS untuk memperkukuh tadbir urus dan integriti dalam pengurusan kewangan kementerian.
