TEROKA DIRI CIPTA MASA DEPAN

TEROKA DIRI CIPTA MASA DEPAN 

11 September 2025, TUARAN - Projek Reben Kuning dilaksanakan dengan tema Teroka Diri Cipta Masa Depan mengisi slot kedua. Perkongsian yang bernas dari Tuan Muadzad Shahrom bin Muhasip membuatkan peserta lebih bersemangat dan lebih yakin akan potensi diri yang ada dalam diri mereka. Slot ini juga memberikan inisiatif kepada prospek akan kebolehan mereka yang ada dapat diaplikasikan setelah bebas nanti.

Slot kedua telah diisi oleh Encik Wan Junaidy bin Ab Majid salah seorang bekas prospek yang menceritakan pengalaman dan kehidupan selepas keluar dari tahanan. Beliau berpesan jadilah yang terbaik bila bebas nanti kerana kitalah yang menentukan hala tuju dan corak hidup kita. Kehidupan diluar penuh dengan cabaran dan liku-liku kehidupan yang tidak sama ketika berada didalam. Hargai peluang kedua yang telah diberikan.

Majlis Penyampaian sijil penghargaan disempurnakan oleh Tuan John Kindasan PP Komandan Pusat Reintegrasi Penghuni Tuaran dan diiringi oleh Puan Melda Ariff Penolong Pegawai Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah kepada penceramah.


#TeamJBSN
#teamjbssabah

Image
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sabah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2025, 16:56:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search