
- JBS Sabah
- Hits: 32
MAJLIS PERASMIAN RAKAN MAHIR : PROJEK REBEN KUNING PERINGKAT NEGERI SABAH
- JBS Sabah
- Hits: 32
MAJLIS PERASMIAN RAKAN MAHIR : PROJEK REBEN KUNING PERINGKAT NEGERI SABAH
TUARAN, 1 Ogos 2025 – Majlis Perasmian Rakan Mahir : Projek Reben Kuning Peringkat Negeri Sabah telah berlansung bertempat di Pusat Reintegrasi Penghuni (PRP), Tuaran hari ini.
Majlis yang dirasmikan oleh YDH SAC AB Nasip bin Sarahan, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sabah dan W.P. Labuan, bertujuan memberi sokongan dan peluang kedua kepada prospek serta golongan berisiko tinggi melalui latihan kemahiran dan program pemulihan komuniti.
Program ini merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan bersama Jabatan Penjara Malaysia dan majikan yang menggariskan komitmen berterusan dalam usaha pemulihan dan integrasi semula individu ke dalam masyarakat.
Majlis ini turut menyaksikan sesi penyerahan sijil penempatan kepada 10 orang prospek (ODS) yang terpilih yang akan bersama majikan yang telah dilantik menjadi rakan strategik untuk melaksanakan program ini selama 6 bulan.
Turut hadir dalam majlis ini ialah Encik Noorman bin Ramlan Timbalan Pengarah JBS Sabah mewakili Pengarah JBS Sabah, Supt. Jeremy Jahir, Ketua Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Sabah, ASP Onasis Hj. Abd Hussin, Timbalan Komandan PRP Tuaran, Encik Frankie Chung, Operation Manager Eng Peng Cold Storage Sdn Bhd., Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan Penjara Negeri Sabah dan JBS Sabah.
Oleh :
Mohamad Safwan bin Ibrahim
JBSN Sabah