
- JBS Sabah
- Hits: 44
MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM KEMBARA JUMPA ORANG MUDA PERINGKAT ZON BORNEO 1 (SABAH & W.P LABUAN) 2025
- JBS Sabah
- Hits: 44
𝙈𝙚𝙨𝙮𝙪𝙖𝙧𝙖𝙩 𝙅𝙖𝙬𝙖𝙩𝙖𝙣𝙠𝙪𝙖𝙨𝙖 𝙋𝙚𝙡𝙖𝙠𝙨𝙖𝙣𝙖 𝙋𝙧𝙤𝙜𝙧𝙖𝙢 𝙆𝙚𝙢𝙗𝙖𝙧𝙖 𝙅𝙪𝙢𝙥𝙖 𝙊𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙈𝙪𝙙𝙖 𝙋𝙚𝙧𝙞𝙣𝙜𝙠𝙖𝙩 𝙕𝙤𝙣 𝘽𝙤𝙧𝙣𝙚𝙤 1 (𝙎𝙖𝙗𝙖𝙝 & 𝙒.𝙋 𝙇𝙖𝙗𝙪𝙖𝙣) 2025
17 JULAI 2025, KOTA MARUDU - Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana bagi Program Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) Peringkat Zon Borneo 1 2025 telah diadakan dengan jayanya hari ini di Pejabat Daerah Kota Marudu.
Mesyuarat yang dipengerusikan secara bersama Puan Meirin binti Sugara, Pegawai Daerah Kota Marudu dan Pengarah JBS Sabah yang diwakili oleh Timbalan Pengarah JBS Sabah ini melibatkan pelbagai agensi kerajaan, pertubuhan belia, dan rakan strategik bagi menyelaras pelaksanaan program yang dijadual berlangsung pada Ogos 2025.
Antara perkara yang dibincangkan termasuklah lokasi program, pengisian aktiviti, penglibatan komuniti belia tempatan serta aspek keselamatan dan logistik. Program Kembara JOM Zon Borneo 1 2025 ini juga melibatkan penyertaan belia dari Sabah, dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Mesyuarat ini turut menekankan pentingnya kerjasama rentas agensi dalam memastikan objektif program tercapai, khususnya dalam mendekati dan memperkasa orang muda melalui pendekatan turun padang.
Program Kembara JOM merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan yang bertujuan merapatkan jurang komunikasi antara pihak kerajaan dan belia di seluruh negara.
Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah diwakili oleh Timbalan Pengarah, Encik Noorman bin Ramlan, Puan Jovanna Juanis, Pegawai Unit Pembangunan Kepimpinan, Bahagian Pembangunan Belia, JBS Sabah dan Puan Nyuk Yin Tseu, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kudat.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#jbsnsabah