MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PROGRAM AGROBELIA LESTARI : FERTIGASI CILI

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PROGRAM AGROBELIA LESTARI : FERTIGASI CILI

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐀𝐆𝐑𝐎𝐁𝐄𝐋𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐒𝐓𝐀𝐑𝐈 : 𝐅𝐄𝐑𝐓𝐈𝐆𝐀𝐒𝐈 𝐂𝐈𝐋𝐈   

Majlis perasmian penutupan Program Agrobelia Lestari : Fertigasi Cili Peringkat Negeri Sabah telah berlangsung dengan jayanya hari ini. Program yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah ini disertai oleh seramai 43 orang peserta.

Sepanjang 2 hari program ini, para peserta telah didedahkan kepada pengetahuan dan kemahiran asas dalam teknologi fertigasi serta pengurusan tanaman cili secara moden.

Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Apui Jan, Pengarah JBS Sabah yang turut menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta.

Beliau dalam ucapannya berharap agar para belia dapat memanfaatkan ilmu yang diperoleh untuk menceburi bidang pertanian secara serius dan seterusnya menjana pendapatan sendiri melalui pertanian moden. Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk menggalakkan penglibatan golongan muda dalam sektor agro makanan.

Turut bersama dalam Majlis ini ialah Encik Noorman bin Ramlan, Timbalan Pengarah JBS Sabah dan Encik Mohd Saibie bin ibrahim, Penolong pengarah kanan, Bahagian Pembangunan Belia JBSN.

#TeamJBSN
#JBSNBersama
#jbsnsabah
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Image
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sabah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2025, 16:56:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search