𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐏𝐑𝐀𝐊𝐓𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐍𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐂𝐈𝐋𝐈 𝐒𝐄𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐅𝐄𝐑𝐓𝐈𝐆𝐀𝐒𝐈 𝐓𝐀𝐑𝐈𝐊 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐀𝐓𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐏𝐑𝐀𝐊𝐓𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐍𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐂𝐈𝐋𝐈 𝐒𝐄𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐅𝐄𝐑𝐓𝐈𝐆𝐀𝐒𝐈 𝐓𝐀𝐑𝐈𝐊 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐀𝐓𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐏𝐑𝐀𝐊𝐓𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐍𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐂𝐈𝐋𝐈 𝐒𝐄𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐅𝐄𝐑𝐓𝐈𝐆𝐀𝐒𝐈 𝐓𝐀𝐑𝐈𝐊 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐀𝐓𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀
  
PUTATAN, 24 JULAI 2025 -  Satu sesi praktikal penanaman cili secara fertigasi telah diadakan hari ini menarik perhatian para peserta.Sesi ini bertujuan memberi pendedahan secara langsung kepada peserta mengenai teknik penanaman cili menggunakan sistem fertigasi yang lebih efisien dan moden.

Sepanjang sesi, peserta diberi tunjuk ajar mengenai penyediaan tapak, penyelenggaraan sistem pengairan dan baja, serta penjagaan pokok cili bagi meningkatkan hasil tanaman.

Peserta turut berpeluang melakukan aktiviti amali seperti menyambung paip fertigasi, menyemai anak benih dan menyukat nutrien. Program ini dijangka mampu memupuk minat belia dan usahawan muda dalam bidang pertanian moden.

Sesi praktikal ini diketuai oleh Encik Jasvon Aming dan Puan Olyviah binti Jibit dari Pejabat Pertanian Daerah Putatan.

#TeamJBSN
#JBSNBersama
#jbsnsabah

Image
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sabah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2025, 16:56:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search