
- JBS Sabah
- Hits: 71
LIMA KAKITANGAN JABATAN BELIA DAN SUKAN (PERSEKUTUAN) NEGERI SABAH TERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG
- JBS Sabah
- Hits: 71
LIMA KAKITANGAN JABATAN BELIA DAN SUKAN (PERSEKUTUAN) NEGERI SABAH TERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG
BANGI, 29 Julai 2025 – Seramai lima orang pegawai dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Sabah telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) sebagai penghargaan atas dedikasi dan komitmen cemerlang mereka dalam perkhidmatan awam.
Mereka yang menerima anugerah tersebut ialah:
1. Metchella Febrynna Metha
2. Zainudin bin Atin
3. Jafrin Nordin
4. Idi bin Ladinda
5. Salleh Udin bin Tamin
Majlis penyampaian anugerah berlangsung dalam suasana penuh penghargaan, dihadiri oleh pengurusan tertinggi kementerian dan disempurnakan oleh Yang Berhormat Hannah Yeoh ,Menteri Belia dan Sukan. Anugerah ini adalah pengiktirafan tahunan yang diberikan kepada penjawat awam yang menunjukkan prestasi kerja luar biasa dan berintegriti tinggi dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat.
Yang Berhormat Hannah Yeoh ,Menteri Belia dan Sukan dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada semua penerima, dan berharap agar pencapaian ini menjadi inspirasi kepada warga jabatan lain untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam perkhidmatan.
Turut hadir semasa majlis,En Noorman bin Ramlan ,Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah.