
KURSUS PENGURUSAN PERKHIDMATAN SUMBER MANUSIA JBSN 2025
25–27 Julai 2025 | TAMU Hotel, Kuala Lumpur - Puan Ruanah Binti Kassim bersama Puan Emilda Thomas telah menghadiri Kursus Pengurusan Perkhidmatan Sumber Manusia anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) yang menghimpunkan pegawai-pegawai pengurusan perkhidmatan dari seluruh negara.
Kursus selama 3 hari ini dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara dan turut menampilkan penceramah khas dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang berkongsi tentang tatacara pengurusan perkhidmatan awam yang lebih cekap dan efisien.
Antara intipati utama yang dikongsi termasuklah ciri-ciri kerja berpasukan yang berkesan, disampaikan oleh Ketua Pengarah JBSN sendiri.
Terima kasih kepada JBSN atas penganjuran kursus bermanfaat ini. Segala ilmu yang diperoleh akan dimanfaatkan untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan awam negara.
#JBSN #KursusPengurusan #PerkhidmatanAwam #BeliaDanSukan #TatacaraPerkhidmatan #Teamwork #KursusJPA #TAMUHotelKL