MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM REBEN KUNING DI PUSAT REINTEGRASI PENGHUNI, TUARAN

MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM REBEN KUNING DI PUSAT REINTEGRASI PENGHUNI, TUARAN

MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM REBEN KUNING DI PUSAT REINTEGRASI PENGHUNI, TUARAN

TUARAN, 23 Julai 2025 – Satu mesyuarat penyelarasan bagi Program Reben Kuning telah diadakan di Pusat Reintegrasi Penghuni (PRP), Tuaran. Program ini bertujuan membantu penghuni institusi pemulihan kembali ke pangkuan masyarakat.

Mesyuarat turut membincangkan pelan tindakan, strategi penglibatan komuniti serta penyediaan peluang latihan dan pekerjaan kepada penghuni PRP. Program Reben Kuning merupakan inisiatif penting Kementerian Belia dan Sukan dan Jabatan Penjara Malaysia dalam memperkukuh proses reintegrasi sosial dan mengurangkan kadar residivisme.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh PP John Kindasan, Ketua Pusat Reintegrasi Penghuni (PRP), Tuaran.

Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Encik Noorman bin Ramlan, Timbalan Pengarah JBS Sabah dan Pegawai Unit Pembangunan Ekonomi, Bahagian Pembangunan Belia, JBS Sabah, Puan Melda Ariff dan Encik Yum Maren Basri.

 

Oleh :
Mohamad Safwan bin Ibrahim
JBSN Sabah

Image
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sabah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 17-10-2025, 07:23:45

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search