
- JBS Sabah
- Hits: 43
BENGKEL PEMURNIAN MODUL KEM BELIA 2025 TINGKAT KUALITI PENGISIAN PROGRAM
- JBS Sabah
- Hits: 43
BENGKEL PEMURNIAN MODUL KEM BELIA 2025 TINGKAT KUALITI PENGISIAN PROGRAM
KOTA KINABALU, 23 Julai 2025 – Bengkel Pemurnian Modul Kem Belia 2025 telah berlangsung selama sehari di JBS Sabah bertujuan memperkemas kandungan modul agar lebih relevan dan berkesan kepada kumpulan sasar program ini.
Bengkel ini melibatkan semua pegawai Unit Pembangunan Belia dari semua Pejabat Belia dan Sukan Bahagian di negeri Sabah. Fokus utama bengkel adalah menyemak, menambah baik serta menyelaraskan aktiviti modul agar selari dengan KPI Kementerian.
Turut bersama dalam bengkel ini ialah Encik Noorman bin Ramlan, Timbalan Pengarah JBS Sabah dan Pegawai Unit Pembangunan Sosial, Bahagian Pembangunan Belia JBS Sabah.
Oleh :
Mohamad Safwan bin Ibrahim
JBSN Sabah