
SUMMER CAMP RAKAN MUDA PERINGKAT NEGERI SABAH 2025
TAMPARULI, 30 Jun 2025 - Summer Camp Rakan Muda yang berlangsung selama 3 hari 2 malam berakhir dengan majlis perasmian penutup yang disempurnakan oleh Encik Apui Jan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah. Turut hadir dalam majlis ini ialah Puan Metchella Febrynna Metha, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda, dan Puan Dayangku Rahimah binti Pg. Hassan, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Pantai Barat.
Majlis diakhiri dengan persembahan nyanyian 'Tentang Bulan' yang disampaikan oleh peserta-peserta Summer Camp Rakan Muda Peringkat Negeri Sabah 2025.