KUNJUNG HORMAT YB ADAM ADLI KEPADA MENTERI BELIA DAN SUKAN SABAH

KUNJUNG HORMAT YB ADAM ADLI KEPADA MENTERI BELIA DAN SUKAN SABAH

KUNJUNG HORMAT YB ADAM ADLI KEPADA MENTERI BELIA DAN SUKAN SABAH

KOTA KINABALU, 1 Julai 2025 - Satu kunjung hormat telah dilakukan oleh YB Adam Adli kepada YB Datuk Ellron Angin, Menteri Belia dan Sukan Sabah bertempat di Bilik Mesyuarat Utama KBSS.

Kunjungan ini adalah untuk memaklumkan tentang perancangan pelaksanaan program belia dan sukan di Sabah. Selain itu YB Tmbalan Menteri KBS juga menyatakan hasrat dan membincangkan pelaksanaan Program Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) 2.0 yang akan dilaksanakan di negeri Sabah pada Ogos 2025 yang merupakan platform perbincangan strategik bagi memperkukuh jalinan kerjasama antara agensi negeri dan persekutuan.

Turut bersama dalam kunjung hormat ini ialah YB Datuk Fairuz bin Renddan, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah,  Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, KSU KBSM, YBrs. Puan Azura binti Abidin, KP JBSN, YBrs. Encik Apui Jan, Pengarah JBS Sabah, YBrs. Puan Mary Paul, TSUT (Belia) KBSS, YBrs. Encik Terence Pudin,Pengurus Besar LSS dan YBrs. Encik Abqaree Fawwaz Abekan, Presiden MBS.

 

Oleh :
Mohamad Safwan bin Ibrahim
JBS Sabah

Image
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sabah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2025, 16:56:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search