
- JBS Sabah
- Hits: 60
PERTANDINGAN BOLA TAMPAR DUDUK & FUTSAL SEMPENA LIGA SUKAN ORANG KURANG UPAYA (LiSOKU) PERINGKAT NEGERI SABAH 2025
- JBS Sabah
- Hits: 60
PERTANDINGAN BOLA TAMPAR DUDUK & FUTSAL SEMPENA LIGA SUKAN ORANG KURANG UPAYA (LiSOKU) PERINGKAT NEGERI SABAH 2025
PUTATAN, 17 Julai 2025 - Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah dengan kerjasama Kelab Olahraga Para Terbilang dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah telah menganjurkan pertandingan tersebut bertempat di Kompleks Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah.
Program yang julung kalinya diadakan ini telah melibatkan penyertaan seramai 204 orang termasuk peserta dan pengiring.
Pertandingan ini memberi peluang kepada golongan orang kurang upaya (OKU) untuk menunjukkan bakat dan kemampuan mereka dalam bidang sukan dan membuktikan bahawa kekurangan fizikal bukan penghalang untuk mencapai kejayaan.
Majlis Perasmian dan Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh YBrs. Encik Fedrius bin Jumi, Penolong Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah.