SEMINAR KECERGASAN EKSEKUTIF (SKE) PERINGKAT NEGERI SABAH 2025

SEMINAR KECERGASAN EKSEKUTIF (SKE) PERINGKAT NEGERI SABAH 2025

SEMINAR KECERGASAN EKSEKUTIF (SKE) PERINGKAT NEGERI SABAH 2025

KOTA KINABALU, 18 Julai 2025 - Seminar Kecergasan Eksekutif (SKE) Peringkat Negeri Sabah telah berlangsung pada 16 - 18 Julai 2025 bertempat di Hotel Horizon, Kota Kinabalu. 

Antara objektif program adalah memberikan pendedahan tentang kepentingan mengekalkan tahap kecergasan dalam hidup seharian dan mendidik tentang kelebihan dan faedah bersukan serta kepentingan memahami teknik, pemilihan peralatan yang betul serta amalan pemakanan yang teratur. 

Seramai 20 orang peserta melibatkan pegawai agensi kerajaan dan persatuan sukan dalam seminar kali ini. 
Majlis perasmian penutupan disempurnakan oleh YBhg. Encik Dharzuky bin Daud @ Zulkifli, Pengarah Kecergasan Nasional, Jabatan Belia dan Sukan Negara.  

Turut hadir YBrs. Encik Fedrius bin Jumi, Penolong Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah dan YBhg. Puan Hj. Haslina binti Ismail, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita yang juga mewakili peserta dalam seminar tersebut

Image
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sabah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 17-10-2025, 07:23:45

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search