10 USUL DIBANGKITKAN DALAM MPBN BAHAGIAN PANTAI BARAT

10 USUL DIBANGKITKAN DALAM MPBN BAHAGIAN PANTAI BARAT

10 USUL DIBANGKITKAN DALAM MPBN BAHAGIAN PANTAI BARAT

KOTA KINABALU, 18 JULAI 2025 – Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Penggal Ke-35, Sesi 2025 – 2026 Peringkat Bahagian Pantai Barat telah dilaksanakan dengan jayanya bertempat di Bilik Mesyuarat, Tingkat 1, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu. Sabah.

Seramai 40 ahli majlis dan 6 orang pemerhati telah hadir dalam persidangan kali ini yang terdiri daripada Ahli Parlimen, ADUN, UPPM, Pegawai-Pegawai Daerah, Pegawai-Pegawai Kanan dan wakil agensi kerajaan negeri dan persekutuan di sekitar bahagian Pantai Barat.  Wakil-wakil Persatuan dan Kelab Belia yang merangkumi 8 Daerah iaitu Tuaran, Ranau, Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Papar, Tamparuli dan Kiulu telah membentangkan sebanyak 9 usul serta 1 usul tambahan yang merangkumi kluster kepimpinan, sosial dan ekonomi pembangunan belia dalam persidangan ini.  Ahli Majlis telah bersetuju untuk mengangkat 3 usul ke peringkat negeri pada Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Sabah yang akan diadakan pada Ogos 2025.

Persidangan ini telah dipengerusikan oleh YBhg Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, JP Mayor Bandaraya Kota Kinabalu. Persidangan pada kali ini turut dihadiri oleh YB Datuk Jonathan Bin Yasin, Ahli Parlimen P179 Ranau, YB Datuk Tan Lee Fatt, Adun N.19 Likas, YB Datuk Awang Ahmad Sah Datuk Haji Ag. Sahari, Adun N.23 Petagas dan YB Datuk Juil Nuatim, Adun N.27 Limbahau.

 

Oleh :
Sukarnih binti Sidik
PBSB Pantai Barat

Image
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sabah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 17-10-2025, 07:23:45

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search