
- JBS Sabah
- Hits: 61
Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Program Kembara Jumpa Orang Muda Peringkat Zon Borneo 1 (Sabah & W.P Labuan) 2025
- JBS Sabah
- Hits: 61
Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Program Kembara Jumpa Orang Muda Peringkat Zon Borneo 1 (Sabah & W.P Labuan) 2025
KOTA MARUDU, 17 Julai 2025 – Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana bagi Program Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) Peringkat Zon Borneo 1 2025 telah diadakan dengan jayanya hari ini di Pejabat Daerah Kota Marudu.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Puan Meirin binti Sugara, Pegawai Daerah Kota Marudu ini melibatkan pelbagai agensi kerajaan, pertubuhan belia, dan rakan strategik bagi menyelaras pelaksanaan program yang dijadual berlangsung pada Ogos 2025.
Antara perkara yang dibincangkan termasuklah lokasi program, pengisian aktiviti, penglibatan komuniti belia tempatan serta aspek keselamatan dan logistik. Program KJOM Zon Borneo 1 2025 ini juga melibatkan penyertaan belia dari Sabah, dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Mesyuarat ini turut menekankan pentingnya kerjasama rentas agensi dalam memastikan objektif program tercapai, khususnya dalam mendekati dan memperkasa orang muda melalui pendekatan turun padang.
Program Kembara JOM merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan yang bertujuan merapatkan jurang komunikasi antara pihak kerajaan dan belia di seluruh negara.
Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah diwakili oleh Timbalan Pengarah, Encik Noorman bin Ramlan, Puan Jovanna Juanis, Pegawai Unit Pembangunan Kepimpinan, Bahagian Pembangunan Belia, JBS Sabah dan Puan Nyuk Yin Tseu, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kudat.
Oleh :
Mohamad Safwan bin Ibrahim
JBS Sabah