
Lawatan Tapak Program Kembara Jumpa Orang Muda Zon Borneo 1
KOTA MARUDU, 17 Julai 2025 – Satu lawatan tapak bagi Program Kembara Jumpa Orang Muda di Kg. Tagaroh, Kota Marudu telah diadakan hari ini bagi meninjau persiapan dan kelengkapan lokasi sebelum pelaksanaan program yang dijadualkan berlangsung pada ogos ini.
Lawatan tersebut diketuai oleh Encik Noorman bin Ramlan, Timbalan Pengarah JBS Sabah bersama Encik Ridjoe Galanang, Pengerusi JKKK Kg. Tagaroh. Tujuan utama lawatan ini adalah bagi memastikan kelancaran acara serta memastikan aspek keselamatan, logistik, dan keselesaan peserta terjamin.
Program Kembara Jumpa Orang Muda merupakan inisiatif bagi mendekati golongan belia melalui aktiviti interaktif seperti forum belia, klinik kerjaya, pameran agensi serta aktiviti kesukarelawanan.
Turut bersama dalam lawatan tapak ini ialah Puan Nyuk Yin Tseu, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kudat dan Puan Jovanna Juanis, Pegawai Unit Pembangunan Kepimpinan, BPB JBS Sabah.
Oleh :
Mohamad Safwan bin Ibrahim
JBS Sabah